Bilangan perkahwinan di Malaysia menurun 9.4 peratus - Utusan Malaysia

Bilangan perkahwinan di Malaysia menurun 9.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan perkahwinan di Malaysia menurun 9.4 peratus kepada 164,589 pada tahun lalu berbanding 203,661 pada 2019 disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penurunan bilangan perkahwinan itu disumbangkan penurunan 1.8 peratus bilangan perkahwinan orang Islam iaitu 145,202 pada 2020 berbanding 147,847 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, bilangan perkahwinan orang bukan Islam pula merekodkan penurunan pada kadar lebih besar iaitu 29.4 peratus iaitu 39,387 pada 2020 berbanding 55,814 pada tahun sebelumnya.

“Tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi bagi perkahwinan orang Islam iaitu Sabah (19.3 peratus) diikuti Labuan (14.3 peratus) dan Selangor (5.9 peratus).

“Sebaliknya, tiga negeri menunjukkan peningkatan perkahwinan iaitu Putrajaya (14 peratus) diikuti Perlis (12.4 peratus) dan Kedah (8.4 peratus),” katanya menerusi kenyataan mengenai Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian Malaysia 2021 dikeluarkan hari ini.

Katanya, tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan orang bukan Islam iaitu di Johor (38.4 peratus), Sabah (36.9 peratus) dan Pahang (36.3 peratus).

Mohd. Uzir berkata, umur penengah pengantin perempuan menurun daripada 27 pada 2019 kepada 26 tahun pada 2020, manakala umur penengah bagi pengantin lelaki kekal pada usia 28 tahun.

Menurutnya, trend penurunan kadar perkahwinan di Malaysia ini adalah selari dengan negara lain seperti Australia, Singapura, Jepun, Kuwait, Palestin dan Turki.

“Perkahwinan tertinggi adalah dalam kumpulan usia 25 hingga 28 tahun bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

“Statistik juga menunjukkan usia pengantin lelaki dan pengantin perempuan paling tua direkodkan pada 2020 adalah berusia 92 dan 84 tahun,” katanya.

Katanya, daerah Petaling merekodkan bilangan perkahwinan tertinggi bagi orang Islam dan orang bukan Islam pada 2020 diikuti Johor Bahru dan Ulu Langat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya