'Berlakon' jadi OKU rebut parkir, Ras Adiba buat laporan polis - Utusan Malaysia

‘Berlakon’ jadi OKU rebut parkir, Ras Adiba buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang menyalahgunakan kemudahan yang dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Travers, Brickfield.

Dalam catatan di Twitter, Ras Adiba memberitahu, permohonan maaf individu hina OKU itu diterima.

“(Bagaimanapun), laporan polis tetap dibuat,” katanya.

Beliau turut menulis: “Maaf, namun saya pantang apabila ada yang mempersendakan kami (OKU)”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN