Bekalan ayam cukup menjelang Krismas - Utusan Malaysia

Bekalan ayam cukup menjelang Krismas

ABDUL Yunus Jamahri (tengah) membuat pemantauan pelaksanaan SHMKM di sebuah pasar raya di Bandar Seri Botani, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekalan ayam tempatan di negeri ini mencukupi untuk memenuhi permintaan penggunaan menjelang sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata, dalam masa sama pihaknya tiada maklumat sama ada bekalan ayam sejuk beku import yang dibenarkan oleh kerajaan akan dibawa masuk ke negeri ini bagi memenuhi permintaan semasa Krismas.

“Kita masih bergantung kepada bekalan ayam tempatan kerana buat masa ini import belum ada. Menjelang Krismas, bekalan ayam mencukupi begitupun pemantauan tetap diteruskan bagi memastikan harga barangan keperluan terkawal,” katanya selepas Walkabout Pemantauan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di sebuah pasar raya di Bandar Seri Botani di sini hari ini. 

Yang hadir sama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman.

Mengenai langkah kerajaan membenarkan kemasukan ayam sejuk beku import selama tiga bulan mulai bulan ini sehingga Februari depan, Abdul Yunus berkata, ia dilakukan untuk memastikan bekalan ayam mencukupi. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya