Banjir: Kesiapsiagaan bomba Sarawak kini pada tahap 90 peratus  - Utusan Malaysia

Banjir: Kesiapsiagaan bomba Sarawak kini pada tahap 90 peratus 

PASUKAN Bomba melakukan pemantau di kawasan yang berisiko tinggi berdepan banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak komited dalam kesiapsiagaan berdepan situasi banjir.

Pengarah JBPM Sarawak, Datuk Khiruddin Drahman berkata, pasukannya kini pada tahap 90 peratus sedia dari segi peralatan darat dan air. 

“Bagi pasukan JBPM Sarawak, sebanyak 90 peratus segala jenis peralatan air dan darat di semua bahagian termasuk Balai Bomba dan Penyelamat di pedalaman negeri ini tersedia.

“Malah, penglibatan komuniti antara pasukan JBPM turut dilakukan bagi penduduk yang terutamanya di kawasan luar bandar berdepan situasi banjir yang diluar jangkaan,” jelasnya. 

Tambah Khiruddin, JBPM sentiasa melakukan perbincangan bersama agensi kerajaan di peringkat daerah bagi penyelarasan kerja menyelamat semasa musim banjir. 

“Rondaan dan pemantauan berkala dilakukan di kawasan berisiko banjir dan sekiranya pasukan pemantauan mendapati kawasan mula dinaiki air, pasukan JBPM akan mula dikerahkan ke kawasan berkenaan bagi memulakan misi menyelamat dengan segara,” katanya.

Justeru, pihak JBPM Sarawak turut membekukan cuti anggotanya bagi bersiap sedia melaksanakan tugas sekiranya situasi banjir di negeri ini pada situasi membimbangkan.

Jelas Khiruddin, sehingga hari ini, sebanyak 399 rondaan pemantauan banjir dilakukan di seluruh Sarawak.

“Latihan dan simulasi pengurusan pengkalan hadapan serta taklimat keselamatan sebelum, semasa dan selepas banjir turut diberikan di beberapa kawasan dan JBPM turut bersedia dari segi logistik penghantaran makanan kepada mangsa banjir,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa peka akan keadaan sekeliling mereka dan menghubungi agensi keselamatan terdekat sekiranya memerlukan bantuan untuk dipindahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya