PETALING JAYA: Banjir yang melanda sekitar Lembah Klang terutama Shah Alam pada Sabtu menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan diri dan terpaksa memcari tempat tinggi terutama bumbung rumah.
Tinjauan di sekitar Shah Alam terutama Kampung Jawa mendapati majoriti kawasan perumahan ditenggelami air.
Bagi penduduk yang menghuni rumah teras dua tingkat mereka menjadikan tingkat atas dan bumbung sebagai tempat untuk berlindung dari banjir kerana tingkap bawah habis semuanya tenggelam.





















