'Ayah pesan jangan pilih kasih' - Utusan Malaysia

‘Ayah pesan jangan pilih kasih’

Azizul Annuar Adenan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Azizul Annuar Adenan masih teringat pesanan arwah bapanya iaitu bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Datuk Adenan Satem jika mahu kekal relevan dalam politik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azizul Annuar, 31, berkata, Allahyarham mengingatkannya supaya jangan sesekali bersikap pilih kasih dalam membantu rakyat di negeri ini.

Hanya dengan membawa pembaharuan demi kemaslahan rakyat Sarawak kata arwah sahaja dapat membantu untuk dirinya terus berdaya saing dalam politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arwah ayah pernah pesan pada saya kalau mahu membantu, jangan memilih bangsa dan agama tetapi bantu untuk semua masyarakat.

“Tidak kiralah apa pun yang mahu dilakukan, buatlah apa yang terbaik dan memberi manfaat untuk rakyat,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), baru-baru ini.

Azizul Annuar adalah calon termuda dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 18 Disember ini.

Dia diiktiraf sebagai Ketua Pemuda PBB di kawasan itu sekali gus mendedahkannya terhadap ilmu kepolitikan yang lebih luas selain dikenali masyarakat di situ.

Allahyarham Adenan memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya negeri 2016 dengan majoriti 2,892 undi. Kematiannya pada 2017 membuka laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang ditandingi balunya, Puan Sri Jamilah Anu yang kemudian menang dengan majoriti 6,753 undi.

Adenan yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 11 Januari 2017 pernah menyandang jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas Sarawak sebelum dilantik Ketua Menteri kelima. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×