Sajat tak kisah aset dilelong: 'Bukan saya duduk di Malaysia pun' - Utusan Malaysia

Sajat tak kisah aset dilelong: ‘Bukan saya duduk di Malaysia pun’

NUR SAJAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “(Aset) saya nak kena lelong? Biarlah dia (mahkamah) nak lelong. Tak kesah, ambil lah.”

Demikian kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat sebagai respons kepada perisytiharan dikeluarkan Mahkamah Tinggi mengenai asetnya yang disita dua minggu lepas bakal dilelong hari ini.

Menurut perisytiharan itu, lelongan awam dijalankan di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara.

“Rumah tak dilelong. Dia (mahkamah) cuma ambil barang-barang rumah saya, semua lah kan. Tak kesah, ambil lah. Bukan saya duduk kat Malaysia pun.

“Ini semua permainan supaya saya balik Malaysia. Tak nak saya akan duduk sini (Australia),” jelas Nur Sajat dalam satu rakam video yang tular di media sosial mengenai perisytiharan mahkamah itu.

Menurut Nur Sajat, dia akan menjual rumah miliknya itu dan selesaikannya dengan segera.

Dalam satu kenyataan yang di-emelkan, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors iaitu peguam kepada plaintif, OWA Resources Sdn. Bhd. menyatakan, pihak defendan tidak membuat pembayaran setelah writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pada 14 Disember lalu.

Maka, mahkamah telahpun meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong.

Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Muhammad Sajjad cuba mendapatkan semula wang mereka setelah pampasan sebanyak RM200,000 gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.