Anak Nick Cannon meninggal dunia - Utusan Malaysia

Anak Nick Cannon meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Anak lelaki pelakon dan pelawak Nick Cannon, Zen meninggal dunia akibat ketumbuhan di bahagian otak.

Zen menghembuskan nafas terakhir pada usia lima bulan.

Berita duka itu dikongsikan Cannon, 41, ketika tampil dalam episod terbaharu The Nick Cannon Show di platform Youtube.

“Hujung minggu yang teramat sukar. Yang paling menyayangi, dia sentiasa tersenyum dan memiliki semangat yang indah,” katanya.

Zen dilahirkan pada Jun tahun ini. Bayi istimewa itu merupakan anak Cannon bersama teman wanitanya yang juga model, Alyssa Scott.

Bayi tersebut disahkan mengalami ketumbuhan di otak setelah doktor mengesan sekumpulan cecair di bahagian tersebut.

“Kami segera memasukkannya ke hospital untuk menjalani pembedahan. Kami mengharapkan yang terbaik untuknya.

“Saya dan isteri pada ketika itu masih menyimpan harapan dan terus berharap. Dia waktu itu masih boleh bermain dengan abang dan kakaknya.

“Saya mengambil kesempatan untuk mengabadikan momen itu ketika itu,” katanya lagi.

Namun, Cannon dan Scott tidak menyangka bahawa percutian mereka pada hujung minggu lalu bertukar momen menyedihkan apabila Zen disahkan meninggal dunia.

“Hujung minggu lalu, saya menghabiskan masa bersamanya. Saya bangun pagi Ahad, dan pergi ke pantai.

“Mendakapnya untuk kali terakhir, momen itu indah sekali,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.