Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri - Utusan Malaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Amaran sehingga 9 malam ini melibatkan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Pekan dan Rompin) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang).

Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau); Melaka; Johor dan Sarawak (Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri dan Limbang).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN