Jangan biadap saudara, ini bukan cerita politik - Haris Ismail - Utusan Malaysia

Jangan biadap saudara, ini bukan cerita politik – Haris Ismail

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan bekas pelakon, Haris Ismail meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang didakwa mempermainkan ayat Al Quran.

Haris menyifatkan individu tersebut sebagai biadab kerana memperolok-olokkan kitab suci tersebut.

“Kalau disebut dungu nanti tanya kenapa? Ada sorang biadap menulis, bermain dengan Ayat suci Al quran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Boleh si dungu ini samakan suku kata cari liwat,
apa bendalah hina Al-Quran kita.

“Jangan biadab saudara. Ini bukan cerita politik,” ujarnya dalam Thread.

Suami kepada Neelofa itu memberi peringatan supaya individu tersebut tidak mengulangi kesilapan sambil menegaskan orang Islam sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan agama.

“Ini nyawa, malaysia ini senang kalau nak tengok
bergelora dan bara, kita Muslim sanggup mati
pertahan Agama.

“Tolong berhenti akhlak bodoh sebegini. Cukup!” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini