Amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu - Utusan Malaysia

Amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di Kelantan dan Terengganu, esok.

Amaran itu membabitkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Amaran cuaca waspada (tahap kuning) pula membabitkan Gua Musang, Kelantan selain Terenganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Pahang pula melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor di Mersing.

METMalaysia juga meramal hujan berterusan tahap kuning dari 5 Disember ini melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Amanm Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah, Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya