Ahli Parlimen Puncak Borneo biayai pendidikan tujuh anak angkat pelajar miskin - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Puncak Borneo biayai pendidikan tujuh anak angkat pelajar miskin

WILLIE Mongin ketika membawa salah seorang anak angkat beliau, Olivia untuk membuat cermin mata di Pekan Siburan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADAWAN: Kepayahan hidup semasa kecil dan di bangku sekolah dahulu setelah kematian bapa ketika dia masih bayi, menjadi  pendorong kuat untuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin menjadikan tujuh pelajar miskin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan sebagai anak angkat beliau.

Tujuh pelajar terbabit masing-masingnya dari Kampung Sebakar, Kampung Kiding dan Kampung Sadir, Padawan. Mereka adalah dari keluarga ibu tunggal dan keluarga yang miskin.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Puncak Borneo itu bersama salah seorang pelajar terbabit di Pekan Siburan untuk membeli keperluan persekolahannya.

Willie berkata, beliau telah membuat komitmen untuk membiayai persekolahan tujuh pelajar berkenaan sejak 2017.

Pada mulanya beliau mengambil dua orang sebelum bergelar Ahli Parlimen Puncak Borneo, seterusnya mengambil lima orang lagi apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Dua daripada tujuh pelajar berkenaan sudahpun menamatkan persekolahan dan kini bekerja sementara, manakala lima lagi masih bersekolah.

“Setiap bulan sejak 2017 saya memberi mereka bantuan kewangan untuk perbelanjaan di sekolah, selain membayar yuran dan membeli keperluan persekolahan mereka termasuk pakaian seragam sekolah, buku panduan, buku latihan dan alat tulis.

“Di samping itu, saya juga pergi menjengok mereka untuk bertanya khabar, bertanya masalah mereka serta memberi nasihat dan perangsang agar mereka fokus dan serius terhadap pelajaran masing-masing.

“Saya komited membiayai keperluan persekolahan mereka sehingga ke tingkatan lima dan jika mereka mendapat tempat belajar di institusi pengajian tinggi , saya akan terus membantu mereka,” tegas Willie.

Katanya, ada antara pelajar tebabit beliau kenal pasti semasa mengadakan ‘walkabout’ ke kampung-kampung di kawasan pilihan raya dan juga oleh Pengetua SMK Padawan ketika itu Roger Peter, yang seterusnya membawa nasib mereka kepada pengetahuan beliau untuk memohon bantuan membiayai persekolahan mereka.

Ditanya mengapakan beliau begitu komited untuk membantu tujuh pelajar terbabit, Willie berkata: “Sebabnya saya tidak mahu adanya penduduk anak di kawasan Puncak Borneo ketinggalan dari segi pendidikan formal.

“Saya juga berpendapat adalah menjadi tanggungjawab setiap kita yang berkemampuan untuk membantu supaya tidak ada anak kita Bidayuh yang ketinggalan dari segi pendidikan disebabkan masalah kemiskinan”. 

Selain mengambil pelajar miskin sebagai anak angkat, Willie juga memberi insentif kewangan kepada pelajar cemerlang serta bantuan kewangan kepada ribuan pelajar dari Puncak Borneo yang melanjutkan pelajaran ke universiti dan institusi pendidikan tinggi lain.

Katanya, pelajar kursus diploma diberi bantuan one-off RM300 manakala jurusan ijazah (RM500) dan menambah pemberian bantuan seumpamanya diteruskan.

Sehubungan itu, beliau menasihat dan menyeru penduduk Parlimen Puncak Borneo yang benar daif dan memerlukan bantuan pendidikan untuk tampil berjumpa dengannya.

Selain itu katanya, anak Parlimen Puncak Borneo yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti supaya berhubung dengan pusat khidmat rakyat  untuk mendapat bantuan pendidikan secara one-off.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya