PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2021.
Ucapan itu dizahirkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik Istana Negara di laman Facebook rasminya, hari ini.
“Selamat menyambut Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2021 daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,” menurut poster yang dimuat naik itu.
Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan tahun ini disambut dengan bertemakan ‘Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE










