“Ada juga yang sakit” - Emma Maembong cedera kecil dalam I promise Janji Anaqi - Utusan Malaysia

“Ada juga yang sakit” – Emma Maembong cedera kecil dalam I promise Janji Anaqi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Emma Maembong mendedahkan dirinya mengalami kecederaan kecil sewaktu melakonkan babak getir di dalam drama I Promise Janji Anaqi.

Namun kata Emma, tahap profesionalisme dan kebolehan lakonan yang diberi pelakon Talha Harith dan Sharnaaz Ahmad sedikit sebanyak membuatkan babak-babak ganas didalam drama tersebut ‘menjadi’ tanpa melibatkan kecederaan serius.

“Talha hebat berlakon. Dia tidak ‘belasah’ betul-betul.

“Sebelum berlakon kami akan rancang dahulu babak yang akan kami lakonkan. Tumbuk terajang itu lakonan sahaja.

“Ada juga yang sakit. Mulut saya berdarah terkena rantai yang dipakai Sharnaaz. Tetapi tidaklah serius,” katanya.

Emma berkata demikian ketika menyertai sesi media drama tersebut menerusi platform Zoom.

Cerita Emma lagi, pada awal, dia berdepan sedikit kesukaran untuk meninggalkan anak di rumah memandangkan dia sudah lama tidak keluar bekerja.

Katanya, untuk mengelakkan fikirannya terganggu, dia membuat keputusan membawa anaknya hadir ke set penggambaran sebagai jalan penyelesaian.

“Saya pun dah lama tak berlakon. Nak berenggang dengan anak itu agak sukar.

“Tapi susah, saya kena tinggal juga dia di rumah.

“Sewaktu berlakon saya banyak fikir. Makan minum dia dan sebagainya. Jadi sebagai jalan pintas saya bawa dia ke set,” jelasnya.

Drama 28 episod ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad dan Talha Harith.

I Promise Janji Anaqi ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, 11 malam di Astro Ria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya