9 kluster Covid-19, 235 aktif - Utusan Malaysia

9 kluster Covid-19, 235 aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan pertambahan sembilan kluster Covid-19 baharu selepas semalam, mencatatkan lima kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan sembilan kluster itu menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 235 kluster. 

“Selain itu, 5,757 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,992 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan  peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 4,965 kes manakala semalam, 4,262 kes sekali gus mengatasi 4,817 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 437 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 240 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,965 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 96 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala bakinya, 4,869 kes (98.1 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 38 kes berbanding kelmarin, 40 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,652 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 38 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,207 kes. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya