6 beradik yatim piatu akhirnya ke sekolah - Utusan Malaysia

6 beradik yatim piatu akhirnya ke sekolah

ENAM beradik yatim piatu kini mendiami rumah tiga bilik atas sumbangan menerusi program CSR antara LPM dan MAIM pada 9 Oktober lalu. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Enam beradik yatim piatu di Kampung Tangga Batu Pekan tidak sabar untuk memulakan alam persekolahan baharu 2022 bermula Mac tahun depan.

Bapa saudaranya, Jimmy Labit berkata, urusan persekolahan telah diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Negeri se­perti yang dijanjikan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebelum ini.

Menurutnya, tiga beradik iaitu Nul Aziza, 14; Ahmad Baharom, 13; dan Azrul, 12, akan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjong.

Beliau berkata, tiga lagi iaitu Khalid, 11; Mohd. Said, 8; dan Siti Khatijah, 6, pula telah didaftarkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam, Pantai Kundor dekat sini.

“Alhamdulillah, akhirnya impian enam anak buah saya untuk bersekolah seperti anak-anak lain menjadi kenyataan. Terima kasih kepada Ketua Menteri yang banyak membantu.

“Bermula menerima sijil kelahiran, ini disusuli menerima sebuah rumah tiga bilik menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada 9 Oktober lalu.

“Rezeki anak buah saya bertambah apabila mereka dite­rima dan akan memasuki alam sekolah baharu tahun depan,” katanya di sini semalam.

Jimmy berkata, enam beradik itu sudah lama mengimpikan untuk bersekolah seperti kanak-kanak lain seusia mereka tetapi menghadapi masalah memasuki sekolah disebabkan ketiadaan sijil kelahiran.

Bagi barang-barang keperluan persekolahan katanya, beliau menunggu surat daripada pihak sekolah apa yang patut dibeli untuk kegunaan anak buahnya.

Jelasnya, mereka kini dijaga oleh ibu saudaranya, Haijah Haron, 48, dan akan menguruskan hal persekolahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN