427,931 kg barangan kitar semula dikumpul SWM Environment - Utusan Malaysia

427,931 kg barangan kitar semula dikumpul SWM Environment

BARANGAN kitar semula yang dikumpulkan menerusi program KITARecycle SWM Environment.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 427,931 kilogram (kg) barangan kitar semula dikumpul menerusi program KITARecycle, SWM Environment Sdn. Bhd (SWM Environment) sejak program itu dilancarkan pada 20 September 2018. 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, barangan tersebut adalah hasil daripada amalan kitar semula yang dilakukan oleh seramai 9,737 ahli KITARecycle yang berdaftar di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Setakat ini data paling tinggi yang telah ditebus ahli kita ialah sebanyak 3,726 mata ganjaran. 

“Sistem KITARecycle juga membolehkan setiap ahli menyemak data pengumpulan barangan yang telah dikitar semula bagi tujuan rujukan individu sebelum membuat sebarang penebusan mata ganjaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas SWM Environment melancarkan kempen strategik bersama pengamal media di Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Norlisam, program itu merupakan inisiatif kelestarian alam yang memberi peluang kepada orang ramai untuk melaksanakan aktiviti kitar semula sambil mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus kepada wang tunai melalui pemindahan wang secara dalam talian. 

“Orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi KITARecycle melalui Google Play Store atau Apple Store atau melayari laman sesawang www.kitarecycle.com. 

“Mereka juga boleh mencetak kod QR untuk dilekatkan pada bungkusan barangan kitar semula bagi mengumpul mata ganjaran,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya