349 calon rebut 82 kerusi DUN Sarawak  - Utusan Malaysia

349 calon rebut 82 kerusi DUN Sarawak 

 ABDUL GHANI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 menyaksikan seramai 349 calon dari 10 buah parti serta Bebas bersaing dalam pertandingan antara dua hingga lapan penjuru merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Penyandang, Gabungan Parti Sarawak (GPS)  meletakkan semua calonnya di 82 kerusi, diikuti Parti Bumi Kenyalang (73), Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebanyak 70, PKR (28),
DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (15) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (11),

Tiga lagi parti iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) mempertaruhkan lapan calon, Parti Sedar Rakyat Sarawak (lima) dan Pas (satu) serta Bebas (30).

Mengumumkan dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, calon tertua bertanding adalah Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh berusia 79 tahun di DUN Bawang Assan.

Calon termuda pula, katanya, masing-masing berumur 24 tahun mewakili PKR di Batu Lintang (Cherishe Ng Phuay Hui) dan dan Parti Bumi Kenyalang di Nangka (Olivia Lim Wen Sia).

“Sepanjang proses penamaan calon, hanya dua kertas penamaan telah ditolak iaitu calon Parti Bumi Kenyalang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng dan calon Bebas di DUN Senadin,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya