2,818 graduan PSA terima ijazah, diploma dan sijil secara fizikal  - Utusan Malaysia

2,818 graduan PSA terima ijazah, diploma dan sijil secara fizikal 

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) nasihat graduan baaru bekerja timba pengalaman dahulu sebelum dapat gaji lebih tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 2,818 graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menerima ijazah, diploma serta sijil pada Majlis Konvokesyen ke-22 yang diadakan secara fizikal bermula hari ini sehingga 10 Disember ini.

Menurut kenyataan akhbar Unit Komunikasi Korporatnya, daripada jumlah tersebut, seramai 702 graduan daripada Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Awam (946 orang), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (702 orang) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (468 orang) termasuk 27 daripadanya graduan Sijil Kemahiran Penyelenggaran Mekanikal yang merupakan pelajar orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Pengarah PSA, Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, PSA sedaya upaya mengimbangkan antara hasrat mahasiswa dan ibu bapa dengan aspek keselamatan dan kesihatan tatkala pandemik Covid-19 masih belum berakhir.

 “PSA melaksanakan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat khususnya sepanjang majlis berlangsung seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk mengagihkan sesi penyampaian sijil kepada 13 sidang berbanding tujuh atau lapan sidang sebelum ini,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, buat julung-julung kalinya, majlis konvokesyen kali ini turut meraikan graduan sulung Dual Certification Program Techno Huffaz Politeknik Malaysia, Muhammad Firdaus Naim Yuswan @ Rizwan.

Muhammad Firdaus, 22, akan menerima Diploma Pengajian Perniagaan di samping Sijil Tahfiz Malaysia daripada Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Program yang mula diperkenalkan pada Jun 2017 itu hanya melibatkan pelajar Jabatan Perdagangan namun bermula tahun 2019, program ini diperluas kepada pelajar jabatan akademik yang lain iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya