23 bakal calon Parti Sedar 'lari' gagal hadir penamaan calon - Utusan Malaysia

23 bakal calon Parti Sedar ‘lari’ gagal hadir penamaan calon

OTHMAN ABDILLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jika empat bakal calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) menarik diri sebelum hari penamaan calon Isnin lalu, Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) pula lebih kecewa lagi.

Daripada 23 bakal calonnya yang telah diberi watikah, hanya lima muncul di pusat penamaan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Bercakap kepada sebuah akhbar tempatan, Presiden Sedar, Datuk Othman Abdillah berkata, beliau cuba menghubungi kesemua 23 bakal calon pada hari penamaan calon, namun panggilan telefon mahupun mesej langsung tidak dibalas.

“Saya bukan sahaja kecewa, saya cukup sedih. Mereka 23 orang (calon) langsung tidak hadir, tak beritahu pun mereka takkan hantar kertas pencalonan.

“Kami boleh cari calon lain kalau mereka beritahu kita mereka tak mahu bertanding,” katanya.

Othman yang bertanding di kerusi Samariang mengesyaki ada dalang di sebalik ketidakhadiran 23 calonnya, tetapi enggan membuat sebarang tuduhan melulu.

Parti Sedar sebelum ini berjanji akan membiayai deposit pilihan raya calon-calonnya berjumlah RM8,000.

Jumlah itu terdiri daripada deposit pilihan raya sebanyak RM5,000 dan deposit bahan kempen pilihan raya sebanyak RM3,000 untuk setiap  calon.

Selain Samariang, Parti Sedar akan bertanding di Opar, Muara Tuang, Lingga dan Saribas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya