2 wanita ditahan kes baling bungkusan pada bayi  - Utusan Malaysia

2 wanita ditahan kes baling bungkusan pada bayi 

TANGKAP layar daripada video seorang wanita dipercayai mencampak objek dipercayai bungkusan terhadap seorang bayi yang sedang meniarap yang didakwa berlaku di pusat asuhan kanak-kanak di Pulau Pinang yang tular di dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis menahan dua wanita yang terlibat dalam video kejadian membaling satu objek disyaki bungkusan barangan ke atas belakang badan seorang bayi yang sedang meniarap seperti yang tular di dalam media sosial semalam.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah taska di kawasan Bayan Baru di sini yang menempatkan kanak-kanak daripada usia bayi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, dua wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan selepas polis menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut pukul 7.39 malam semalam (1 November).

Menurutnya, tangkapan dua wanita tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Pada 2 Disember kira-kira pukul 8.12 pagi, satu klip video berdurasi 44 saat dikesan dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Cahaya Nasihat Mohd Nhazeri yang memaparkan seorang individu membaling sebuah objek disyaki bungkusan mampat terhadap seorang bayi.

“Siasatan polis mendapati, kejadian berlaku pada 24 November lalu, pukul 6.45 petang di sebuah taska di sekitar Bayan Baru sebelum video tersebut dimuat naik oleh ibu mangsa di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN