19 unit bangunan warisan di Burmah Square akan dibaik pulih, dikekalkan - Utusan Malaysia

19 unit bangunan warisan di Burmah Square akan dibaik pulih, dikekalkan

DERETAN 19 unit bangunan di Burmah Square, Georgetown, Pulau Pinang yang dikategorikan sebagai warisan kategori dua akan dibaik pulih dan dikekalkan dalam cadangan pembangunan semula kawasan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan mengekalkan dan membaik pulih deretan 19 unit bangunan di Burmah Square di sini yang dikategorikan sebagai bangunan warisan kategori dua dalam cadangan pembangunan semula kawasan terbabit. 

Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Datuk Mohd. Bazid Abd. Kahar berkata, perbincangan dengan Majis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) termasuk Jabatan Konservasi Warisan MBPP telah diadakan dan aspek warisan serta pandangan mengenai pembangunan warisan turut diambil kira. 

“Susulan perbincangan itu, deretan 19 unit bangunan yang dikategorikan sebagai warisan kategori dua tersebut akan dikekalkan dan dibaik pulih dalam cadangan pembangunan semula kawasan tersebut. 

“Sebagai makluman, kini pelan kebenaran merancang telah dikemukakan dengan mengambil kira perkara-perkara berbangkit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sebelum ini, kira-kira 30 penyewa premis perniagaan di Burmah Square mendakwa menerima e-mel daripada pengurusan PDC yang meminta mereka mengosongkan premis pada 1 Januari tahun depan. 

Pengosongan premis itu dikatakan dijalankan bagi memberi laluan kepada PDC untuk melaksanakan projek pembangunan baharu setinggi 42 tingkat di kawasan berkenaan. 

Menurut Mohd. Bazid, PDC juga akan akur dengan segala syarat yang dikenakan oleh MBPP serta agensi lain yang berkaitan dengan perkara berkaitan warisan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN