fbpx

150 pelajar Tingkatan 5 SSP dipindahkan ke IAB Bandar Enstek

RADZI Jidin dalam rakaman video yang dikongsikan beliau malam ini ketika meninjau persediaan IAB Bandar Enstek sebagai pusat kuarantin bagi menerima seramai 150 orang pelajar Tingkatan 5 SSP Cyberjaya yang menjadi kontak rapat kes positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 150 orang pelajar Tingkatan 5 Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya yang menjadi kontak rapat kes positif Covid-19 di sekolah tersebut dipindahkan ke Institut Aminuddin Baki (IAB) Bandar Enstek, Nilai di sini yang dijadikan pusat kuarantin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi akan Facebooknya malam ini yang turut memaparkan beliau meninjau persediaan pusat kuarantin tersebut.

“Malam ini seramai 150 orang pelajar Tingkatan 5 dari SSP akan ditempatkan di pusat kuarantin di sini bagi memastikan supaya pemantauan dapat dilakukan dengan lebih dekat oleh pasukan perubatan di satu tempat kuarantin.

“Mereka ditempatkan seramai dua orang dalam setiap bilik, ini akan memudahkan segala proses pemantauan dalam tempoh kuarantin ini nanti.

“Insya-Allah pelajar lain juga akan terus dipantau di sekolah dan sebarang perkembangan lanjut berkaitan mereka akan kami maklumkan kepada ibu bapa secepat mungkin,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan beliau.

Setakat pukul 3 petang tadi, jumlah kes positif Covid-19 bagi kluster sekolah berasrama penuh itu meningkat kepada 139 orang.

Ia membabitkan seramai 114 pelajar, 15 orang guru dan 10 petugas sekolah.

POPULAR

KOSMO! TERKINI