1,485 anggota polis Sarawak diatur gerak - Utusan Malaysia

1,485 anggota polis Sarawak diatur gerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seramai 1,485 anggota polis Sarawak diatur gerak untuk bantuan sumber pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Gilberd Philip Layang berkata, kontinjen terbabit adalah dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5.

“Sejak semalam, seramai 400 anggota diatur gerak untuk fasa pertama dan mereka dihantar ke beberapa daerah termasuk di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, Bintulu dan Sibu.

“Hari ini pula seramai 640 anggota diatur gerak ke IPD lebih dekat menggunakan 15 bas ekspres. Kesemua anggota ini akan diberi taklimat berkenaan tugas-tugas yang perlu mereka lakukan,” lapor akhbar tempatan kepada pemberita semasa ditemui selepas simbolik pelepasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Katanya, kira-kira 7,000 anggota polis ditugaskan pada hari mengundi, lusa ini dan mereka turut mendapat bantuan dari Kontinjen Sabah untuk tugas-tugas am di Lawas.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN