11 daerah di 5 negeri masih terjejas banjir - Nadma - Utusan Malaysia

11 daerah di 5 negeri masih terjejas banjir – Nadma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 11 daerah di negeri Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor masih terjejas banjir dengan 4,614 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi kenyataan hari ini berkata, sejumlah 720 PPS sudah ditutup iaitu 111,752 mangsa daripada 30,720 ketua isi rumah (KIR) telah pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, sehingga pukul 2 petang ini, operasi banjir seluruh negara melibatkan keanggotaan 42,265 orang anggota agensi responder dengan 1,843 gabungan aset pelbagai agensi.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengedarkan 472,340 pek makanan berbungkus termasuk keperluan asas kepada mangsa-mangsa yang terkesan banjir, “katanya.

Katanya, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pula melaporkan tujuh pertambahan kejadian tanah runtuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 133 kejadian melibatkan negeri Selangor (55), Kuala Lumpur (lapan), Negeri Sembilan (17), Melaka (satu), Terengganu (tiga ), Pahang (42), dan Sarawak (enam). 

Nadma berkata, Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan kejadian bencana di 52 lokasi yang melibatkan cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap, jambatan rosak.

Katanya, sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022, terdapat 46 lokasi tanah runtuh seluruh Malaysia yang sedang diambil tindakan baik pulih oleh JKR.

“Setakat 30 Disember lalu, SWCorp telah selesai melakukan kerja-kerja pembersihan sebanyak 80.6 peratus daripada kawasan terjejas banjir di lima negeri iaitu Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.

“Anggaran sisa sampah sebanyak 7,284.45 tan sampah dilupuskan dan kerja-kerja pembersihan sisa sampah melibatkan 2,286 pekerja dengan 908 jentera,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya