100 Hari aspirasi Keluarga Malaysia asas kejayaan KKKM 

100 Hari aspirasi Keluarga Malaysia asas kejayaan KKKM 

ANNUAR MUSA memberitahu penggunaan internet agak tinggi di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hala tuju Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi asas kepada kejayaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKKM) mencapai 100 peratus Indeks Petunjuk Utama (KPI) sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendekatan Perdana Menteri apabila mula menerajui tampuk pemerintahan menyaksikan aspek sensitif dan responsif dengan apa kehendak rakyat perlu diutamakan bagi memastikan kerajaan dilihat sebagai kepemimpinan yang berprestasi.

Katanya, dalam konteks 100 hari ataupun tiga bulan, ia bukanlah satu tempoh yang panjang tetapi apakah perkara yang perlu segera diatasi terutama melibatkan isu yang sekian lama tergantung ataupun prosesnya perlahan.

“Bagi saya, KPI 100 hari ini adalah satu permulaan bagi kerajaan maju ke hadapan dalam melakukan sesuatu perkara bagi jangka pendek dan segera dengan prestasi kementerian dipertingkat sekali gus memenuhi kehendak rakyat.

“Kementerian saya ini mempunyai peranan dan tugas yang sangat luas melibatkan teknologi, digital, jalur lebar dan industri kreatif maka sudah menjadi tanggungjawab saya mengimbangi semua skop supaya memberi impak besar kepada kerajaan dan rakyat,” katanya dalam satu program bual bicara yang disiarkan televisyen tempatan hari ini.

Annuar berkata, Perdana Menteri mahu kerajaan yang faham rakyat dan responsif dalam memberi penyelesaian terbaik untuk rakyat kerana semua pihak perlu ingat, sebelum ini politik tidak stabil, perkembangan ekonomi tidak bergerak, tidak boleh kerja, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat dan ketegangan dalam pentadbiran.

“Pendekatan yang dibuat sangat memahami rakyat, Perdana Menteri tidak mahu bermain politik, gaduh berpanjangan, kerajaan gaduh dengan pembangkang, kerajaan gaduh dengan kerajaan dan selepas itu, gaduh sesama parti. Ini contoh yang Perdana Menteri tidak mahu.

“Melihat tindakan yang kerajaan lakukan sekarang ini, maka ia adalah satu pencapaian yang bagus. Jika dulu tidak stabil, kini stabil: jika tidak fokus pemulihan, kini fokus pada fasa pemulihan; dulu banyak industri tutup, kini dibuka malah stadium pun sudah boleh dihadiri 20,000 penonton,” katanya.

Mengulas mengenai antara kejayaan KKKM, Annuar berkata, beliau mahu buka segera semua industri kreatif kerana pengambaran tidak boleh buat dan pawagam tutup maka ini akan menjejaskan puluhan ribu pengiat seni dan pemain industri.

“Jika semakin lama ditutup, sudah pasti ramai yang terjejas, hilang kerja, bankrap dan tekanan mental. Atas faktor itulah, saya buka semula industri kreatif dengan mensasarkan 2,000 pemain industri sebagai permulaan.

“Selepas beberapa langkah diambil seperti pertemuan dan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk melibatkan perincian SOP dan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN), lebih 4,000 pemain industri kembali beroperasi sehingga ada yang tidak cukup tangan untuk selesaikan apa yang tertinggal sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya