Zulkifli dipelawa sertai 3 persidangan di Jeddah dan Abu Dhabi - Utusan Malaysia

Zulkifli dipelawa sertai 3 persidangan di Jeddah dan Abu Dhabi

DR. ZULKIFLI MOHAMAD Al-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun tidak lagi memegang jawatan menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tetap sibuk dengan pelbagai acara padat berkaitan hal ehwal Islam di luar negara.

Terbaharu, beliau berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada hari ini bagi memenuhi jemputan ke Persidangan Kumpulan Wawasan Strategik Dunia Islam – Rusia yang berlangsung Rabu ini.

“Beliau dipelawa oleh Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud dan Presiden Tatarstan, Rustam Minnikhanov yang juga pengerusi kumpulan,” kata kenyataan pejabatnya.

Dibentuk pada 2006 lalu setelah Rusia diterima sebagai pemerhati Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kumpulan ini dianggotai 33 individu berpengaruh daripada 27 negara Muslim.

 Ia diwujudkan oleh bekas Perdana Menteri Rusia, Yevgeny Primakov dan bekas Presiden Tatarstan, Mintimer Shaimiev dengan setiap sidang itu disertai Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Acara ini amat signifikan kerana memberi manfaat kepada hampir 30 juta umat Islam di Rusia yang kini memiliki lebih 8,000 buah masjid dan dianggap agama paling pesat di negara itu.

 Pelawaan tersebut juga atas sumbangsaran Zulkifli kepada pengukuhan kerjasama antara Rusia dan OIC selain menzahirkan keyakinan tinggi dunia luar kepada kepakaran Malaysia. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.