Zii Jia akur, perlu lebih masa untuk 100 peratus pulih - Utusan Malaysia

Zii Jia akur, perlu lebih masa untuk 100 peratus pulih

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia terpaksa akur terhadap keputusannya untuk menarik diri daripada aksi pembukaan badminton Indonesia Masters di Bali semalam.

Zii Jia, 23, berkata dia memerlukan lebih masa untuk pulih daripada kecederaan belakangnya bagi menghadapi kejohanan Terbuka Indonesia dan Siri Super Akhir.

“Selepas berbincang dengan jurulatih dan pasukan sokongan, saya terpaksa akur dengan keputusan untuk berundur daripada pertandingan, memandangkan saya perlu lebih masa untuk pulih semula bagi menghadapi pertandingan seterusnya.

“Saya amat kesal diatas kegagalan untuk membuat penampilan yang terbaik. Saya tetap akan berlatih lagi untuk kembali ke gelanggang secepat mungkin dengan wajah yang lebih baik,” katanya dalam satu hantaran di instagram miliknya.   

Juara All England itu menarik diri ketika ketinggalan 9-11 di set pertama kepada pemain Denmark, Rasmus Gemke.

 Zii Jia mengalami kece­deraan sama ketika terpaksa menghentikan perlawanan dalam final Terbuka Hylo di Jerman, dua minggu lalu berdepan pemain ­Singapura, Loh Kean Yew.

 Zii Jia berterima kasih kepada seluruh penyokong dan peminat yang memberikan sokongan padu kepadanya serta juga kepada peminatnya di Indonesia.

 “Saya ingin berterima kasih kepada semua penyokong dan peminat saya yang banyak memberi kata kata semangat serta sokongan padu kepada saya terutama kepada peminat Indonesia yang telah menghantar pelbagai buah tangan kepada saya, kemesraan anda semua tetap saya ingati,” katanya.

 Zii Jia perlu ber­aksi dalam salah satu kejohanan di Indonesia – Masters atau Terbuka (23-28 November) sebagai syarat untuk beraksi dalam Siri Super Akhir yang menawarkan AS$1.5 juta (RM6.23 juta) dan turut berlangsung di Bali dari 1-5 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.