Zee Avi pilih lelaki Jepun - Utusan Malaysia

Zee Avi pilih lelaki Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran tempatan yang berjaya di peringkat antarabangsa, Zee Avi selamat melangsungkan pernikahan bersama lelaki kelahiran Jepun, kenji Matano semalam.

Berita gembira itu dikongsikan empunya nama sebenar Izyan Alirahman di Instagramnya baru-baru ini.

Zee menerusi beberapa perkongsian di platform berkenaan tampil elegan dengan persalinan serba putih.

Kedua mempelai disatukan dalam sebuah majlis serba sederhana yang berlangsung ibu kota.

Dalam pada itu, Zee menerusi Instastorynya meluahkan penghargaan buat semua yang meluangkan masa mengucapkan tahniah kepada dia dan suami.

“Kenji dan saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas doa anda semua!

“Kami berdua sangat teruja untuk meneruskan perjalanan ini bersama dan terima kasih kepada anda semua!” ucapnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya