[VIDEO] Lelaki bagi pisang diselit not RM50 kepada pak guard - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lelaki bagi pisang diselit not RM50 kepada pak guard

TERMENUNG pakcik pengawal keselamatan selepas mengetahui di sebalik kulit pisang yang dimakannya mengandungi not RM50
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular dalam Facebook video seorang lelaki yang baik hati bersedekah kepada seorang pengawal keselamatan dengan menggunakan sebiji pisang.

Lelaki berkenaan membuat helah dengan membelah kulit pisang dan memasukkan not RM50 untuk diberi kepada pengawal keselamatan tersebut.

Pengawal keselamatan berkenaan tidak menyedari niat sebenar lelaki tersebut dan menerima pisang berkenaan dengan hati terbuka.

TULAR rakaman video anggota pengawal keselamatan sebak terima hadiah daripada seorang lelaki melalui sebiji pisang.

Lelaki: Pakcik dah makan? Ini saya bagi hadiah sama uncle. Uncle buka makan. Buka makan.”

Pengawal keselamatan: Ada orang lah.

Lelaki: Tak apa pakcik, buka je makan.

Selepas pisang itu dimakan, pengawal keselamatan itu terkejut kerana terdapat not RM50 terselit di balik kulit pisang berkenaan.

Suasana menjadi sayu dan sedih apabila pengawal keselamatan berkenaan termenung seketika serta bergenang air mata, terkejut dan kemudiannya menghulurkan salam kepada lelaki berkenaan.

Video berdurasi 33 saat itu sekali gus menunjukkan sifat kasih sayang dan pemurah tanpa mengira bangsa dan agama.

“Alhamdulillah, ini lah Dato Alha Alfa, kongsi rezeki x Kira Agama dan Bangsa,” kata Hafiyfa Shyma.

Rozalila Binti Zainun pula berkata; “Allahuakbar…moga murah rezeki.”

Arivazkhan Ramasamy pula membalas dalam komen di Facebook, “Anda terbaik di antara berjuta rakyat di negara ini salute…….” -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN