Walau dikacau, Pas tidak rebah dalam PRU - Utusan Malaysia

Walau dikacau, Pas tidak rebah dalam PRU

ABDUL Hadi Awang ketika ucapan penggulungan sempena Muktamar Pas Ke-67 di Duyung Marina & Resort di Kuala Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas tidak rebah melalui pasang surut pilihan raya umum (PRU) di negara ini walaupun berdepan ancaman dari luar dan dalam oleh banyak pihak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, antara ancaman itu termasuk sekatan di negeri-negeri diperintah Pas di Terengganu dan Kedah suatu masa dulu di samping dikenakan  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 1979 kita dijatuhkan di Kelantan dengan cara yang biadab, mengambil peluang krisis dalaman Pas tetapi kita sabar.

“Pas tidak mati walaupun krisis dalaman diwujudkan dan ada ahli yang dirasuk syaitan hingga berlaku kekacauan serta serpihan namun tidak menghancurkan, laksana satu dahan dicantas 10 tunas lain tumbuh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Muktamar Pas Ke-67 di Duyung Marina & Resort di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas bukan penumpang sebagaimana disangka ahli-ahli, sebaliknya ditumpang oleh parti-parti bermasalah.

“Alhamdulillah hingga kini Pas diberi peranan untuk menyatupadukan umat dan dipercayai di Malaysia hingga semua parti yang bermasalah datang kepada kita.

“Semasa UMNO dalam keadaan lemah dan mengajak Pas menyertai kerajaan campuran, UMNO sanggup melempar lambang kapal layar, kita pula tinggalkan bulan dan bersama-sama pakai dacing hingga menang besar pada 1974,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi menegaskan, Pas hanya memilih individu yang berpotensi besar sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan bukan sekadar ‘calon pacak’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya