Video ‘rider’ hempas bungkusan makanan pelanggan tular - Utusan Malaysia

Video ‘rider’ hempas bungkusan makanan pelanggan tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video tular memaparkan tindakan penghantar makanan atau ‘rider’ menghempas makanan berkenaan kerana berang dengan tindakan pihak tertentu yang menghalangnya untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

Dalam rakaman tersebut, dilihat ‘rider’ tidak berpuas hati apabila pengawal keselamatan menghalangnya memasuki kawasan perumahan untuk menghantar makanan ke unit kediaman pelanggan.

Dalam masa yang sama, pelanggan itu pula enggan keluar mengambil makanan itu di pondok pengawal.

Disababkan perkara itu, video berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan yang ‘rider’ tersebut menghempas bungkusan makanan pelanggan itu sebelum beredar daripada situ.

Memetik laporan tempatan, ‘rider’ yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berpandangan tindakan menghempas makanan pelanggan tidak sepatutnya dilakukan.

Katanya, tindakan itu akan mencemarkan nama baik penghantar makanan yang lain, maka sebolehnya Ahmad berkata, setiap penghantar perlu bijak mengawal emosi.

Malaysia dilaporkan mempunyai lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan yang menggunakan motosikal, basikal atau berjalan dan juga rakan penghantar di seluruh negara.

Bagaimanapun, video tersebut menjelaskan mengenai tekanan dialami mereka dalam melayan kerenah pelanggan yang sememangnya menjadi dugaan buat mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN