Utusan Malaysia, Kosmo raih sembilan anugerah media Terengganu - Utusan Malaysia

Utusan Malaysia, Kosmo raih sembilan anugerah media Terengganu

PUQTRA Hairry Rosli memegang replika cek yang dimenangi Utusan Malaysia dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu di Kuala Terengganu malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Enam petugas Media Mulia Sdn. Bhd. meraih sembilan anugerah dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu yang dianjurkan kerajaan negeri, malam tadi.

Wakil negeri Utusan Malaysia, Rosalinda Md. Said muncul juara bagi Kategori Berita  Pelancongan Terbaik menerusi laporan khas penyu yang diterbitkan secara tiga siri pada 19, 20 dan 22 Mac lalu. 

Kejayaan sama menjadi milik jurugambar Utusan Malaysia, Puqtra Hairry Rosli apabila karya bertajuk Andai frontliner rebah dan Cahaya Berwarna Palestin di Drawbridge mengungguli Kategori Foto Terbaik Kebajikan dan Rencana. 

Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya membawa pulang wang RM1,500 di samping sijil penyertaan dan trofi. 

Penyampaian anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah, menerusi majlis yang diadakan secara dalam talian. 

Yang hadir sama, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd. Soud Said. 

Wakil negeri Kosmo!, Mohd. Azli pula mendapat tempat keempat bagi Berita Pelancongan Terbaik dan Video Terbaik, sekali gus meraih wang RM250 untuk setiap kategori. 

Dua pemberita sambilan Utusan Malaysia/Kosmo!, Noor Hayati Mamat dan Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff masing-masing memenangi tempat kedua bagi kategori kebajikan dan sukan. 

Kejayaan lain disumbangkan Tengku Danish Bahri di samping pemberita sambilan, Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan menerusi tempat keempat kategori kebajikan dan ekonomi. 

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bertujuan mengiktiraf pengamal media di Terengganu dengan majlis pelancarannya disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. -UTUSAN  ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya