Undi awal PRN Melaka bermula - Utusan Malaysia

Undi awal PRN Melaka bermula

ANGGOTA polis melaksanakan tanggungjawab mengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. -GAMBAR/SPR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melibatkan 31 lokasi di seluruh negeri bermula pada pukul 8 pagi ini.

Dijangka 11,557 pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis akan menjalankan tanggungjawab masing-masing pada hari ini.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia terhadap salah satu pusat pengundian awal terletak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak 1, Sungai Udang mendapati kawalan ketat di pintu masuk lokasi berkenaan.

Hanya pengundi awal dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan bagi menjalankan tanggungjawab mengundi.

Sepanjang undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara akan dilaksanakan ketika proses itu berlangsung.

Ia seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 8 November sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 16 November.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam.

Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN