UMNO, Pas perlu kembali ke meja rundingan, bincang status MN

Pemimpin tertinggi UMNO, Pas perlu kembali ke meja rundingan, bincang status MN

MUHAMAD MUQHARABBIN MOKHTARRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa kepemimpinan tertinggi UMNO dan Pas kembali ke meja rundingan untuk memperkasakan semula Muafakat Nasional (MN) selari dengan kehendak akar umbi kedua-dua parti.

Muqharabbin yang dikenali sebagai Qobin berkata, beliau percaya jika perkara itu dapat dilakukan, tidak mustahil hasrat untuk menguburkan terus Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan tercapai.

Beliau berkata, perkara itu jelas apabila akar umbi kedua-dua parti yang bertungkus-lumus berjaya meraih kemenangan dalam banyak pilihan raya kecil (PRK) ketika kedua-dua parti menjadi pembangkang dahulu.

“Jika diikutkan, MN adalah muafakat antara Pas yang mewakili GAGASAN (Pas, Ikatan dan Berjasa) dan UMNO yang mewakili BN (UMNO, MCA, MIC dan PBRS). 

“Manakala PN hanya dianggotai oleh parti-parti politik tunggal bukan gabungan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Gerakan dan STAR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Qabin berkata, dari segi struktur organisasi sahaja, MN lebih baik dan berstruktur daripada PN, apalagi dari segi jumlah ahli dan kekuatan jentera, justeru tidak ada ruginya MN menjadi tunjang menuju PRU-15 nanti.

Malah, Qobin berkata, beliau banyak bertanya kepada orang-orang yang tidak berparti termasuk anggota keselamatan dan juga bangsa lain, mereka jelas lebih selesa dengan MN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN