Uji kelajuan 5G capai 1,000Mbps - Utusan Malaysia

Uji kelajuan 5G capai 1,000Mbps

ANNUAR MUSA menunjukkan tahap kelajuan internet rangkaian 5G yang ditawarkan kepada umum Disember Ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengakui teruja dengan kelajuan internet 5G yang dilancarkan dengan meluas di seluruh negara tidak lama lagi.

Beliau memuat naik gambar di akaun Twitter miliknya, yang memaparkan beberapa ujian kelajuan internet melibatkan lima syarikat telekomunikasi iaitu Maxis, Digi, Celcom, U Mobile dan Unifi Mobile, dengan semuanya melebihi kelajuan 1,000Mbps.

“Keputusan ujian kelajuan 5G capai 1,000Mbps!

“Bayangkan kalau tonton YouTube dengan resolusi 1080p dengan lancar. Ini perancangan masa depan kita. Adakah anda bersedia untuk 5G, Keluarga Malaysia? katanya.

ANNUAR MUSA

Sebelum ini, Digital Nasional Berhad mengesahkan bahawa rangkaian 5G boleh mula digunakan bermula Disember ini, dengan menyasarkan kelajuan minimum sebanyak 100Mbps.

Rangkaian 5G boleh mula digunakan pengguna yang berada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya terlebih dahulu, sebelum diperluas ke seluruh negara. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya