UiTM, syarikat korporat bergabung tenaga tingkatkan skil OKU

UiTM, syarikat korporat bergabung tenaga tingkatkan skil OKU

RAS Adiba Radzi (kiri) menyaksikan pertukaran MoU antara Roziah (tiga dari kiri) dan Abu Hassan (dua dari kiri) di Richiamo Coffee UiTM Puncak Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil inisiatif memperkasa 120 mahasiswanya yang merupakan orang kurang upayanya (OKU) dengan memberikan latihan bagi peningkatan kemahiran golongan itu.

Malah, latihan sama juga turut diberikan kepada 80 mahasiswa B40 menerusi program Upskilling Programme for OKU & B40: No One Left Behind yang dijalankan secara dalam talian dengan kerjasama syarikat Richiamo Coffee Sdn. Bhd. dan Kumpulan Awan Biru Teknologi (Awantec) Berhad.

Menurut Naib Canselor UiTM, Roziah Mohd. Janor, Unit Perkhidmatan (OPU) UiTM dan dua syarikat tersebut akan bekerjasama untuk satu jangkamasa bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif pendidikan melalui dalam talian dan bekerja di Richiamo Coffee.

“Warga OKU di UiTM adalah seramai 534 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan alumni OKU, kakitangan OKU, dan staf yang mempunyai tanggungan OKU.

“Hari ini kita menyaksikan pertukaran MoU antara ketiga pihak bagi membolehkan golongan OKU dilibatkan dalam program meningkatkan skil mereka sebagai tambahan pendidikan akademik mereka di UiTM,” katanya 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dengan Richiamo Coffee dan Awantec di UiTM Puncak Alam, di sini hari ini.

Turut  hadir Ahli Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Radzi yang menyaksikan MoU itu ditandatangani Roziah, Ketua Pegawai Eksekutif Awantec Berhad, Dr. Abu Hassan Ismail dan Pengarah Urusan Richiamo Coffee, Muhd.Zamry Abu Samah.

Roziah menambah, antara projek yang sedang dijalankan adalah projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Awantec Berhad bagi membantu bukan sahaja OKU malahan golongan B40.

“Di samping itu, Projek Keusahawanan Sosial Richiamo Coffee Sdn. Bhd. menunjukkan kejayaan dengan penyertaan golongan OKU di tiga cawangan dalam UiTM melibatkan beberapa orang mahasiswa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya