Tolak kenyataan tidak selari, Pemuda Pas teguh bersama Presiden - Utusan Malaysia

Tolak kenyataan tidak selari, Pemuda Pas teguh bersama Presiden

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang kenyataan tidak selari dengan pendirian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang adalah bukan kenyataan rasmi parti, kata Pemuda Pas. 

Menegaskan perkara itu, Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya sentiasa menyokong kenyataan Abdul Hadi dalam isu penyatuan ummah di negara ini.

“Pemuda Pas berdiri teguh dengan kenyataan Presiden yang menjadi dasar perjuangan parti dan menegaskan, sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak yang tidak selari dengan kenyataan tersebut bukanlah pendirian rasmi parti dan tidak wajar dikaitkan dengan Pas,” katanya dalam satu kenyataan. 

Tindakan Pas bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini mengundang rasa tidak puas beberapa pihak kerana menyaksikan pertembungan di beberapa buah kerusi. 

Meskipun ia menyebabkan perpecahan undi dalam kalangan Melayu, namun keputusan PRN Melaka tetap berpihak kepada Barisan Nasional (BN). 

Namun, Abdul Hadi kelmarin memberi isyarat tegas parti itu tidak akan meninggalkan PN bagi meneruskan kerjasama dalam MN, sekali gus menamatkan spekulasi daripada pemimpin parti Melayu itu susulan keputusan PRN Melaka. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya