Tiga maut kemalangan dua kereta - Utusan Malaysia

Tiga maut kemalangan dua kereta

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Gerik-Jeli berhampiran R&R Titiwangsa di Gerik hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3.49 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan dua buah kereta iaitu Perodua Axia dan Perodua Myvi.

KANAK-KANAK lelaki yang terselamat dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Jalan Gerik-Jeli berhampiran R&R Titiwangsa di Gerik hari ini. – UTUSAN/IHSAN JBPM

“Terdapat lima mangsa terlibat iaitu pemandu dan penumpang Perodua Myvi berusia 29 dan 24 tahun maut bersama seorang wanita dalam Perodua Axia.

“Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Axia iaitu wanita berusia lingkungan 30 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mengeluarkan dua mangsa tersepit mengambil masa kira-kira 25 minit.

Katanya, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Gerik menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan kecemasan.

“Mayat mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.35 petang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya