Tiada perancangan jual Lapangan Terbang Subang

Tiada perancangan jual Lapangan Terbang Subang

HAK dan pengoperasian Lapangan Terbang Subang kekal sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Pajakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan tidak meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang kepada sebarang entiti perniagaan swasta.

Dalam Ucapan Penggulungan Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022 Peringkat Dasar, Kementerian Pengangkutan menegaskan pendiriannya berkaitan pengambilalihan lapangan terbang itu.

WEE KA SIONG

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pengoperasian Lapangan Terbang Subang kekal seperti Perjanjian Pajakan.

“Setakat ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk meluluskan pengambilan atau penjualan mana-mana bahagian Lapangan Terbang Subang kepada sebarang entiti perniagaan swasta.

Hak dan pengoperasian Lapangan Terbang Subang kekal sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Pajakan.

“Perjanjian itu telah diberikan kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengendali, mengurus dan menyelenggara termasuk menetap, mengguna dan mengawal Lapangan Terbang Subang sehingga tahun 2034 (operating agreement) dan 2067 (lease agreement).

“MAHB bertanggungjawab untuk mengembangkan Lapangan Terbang Subang sebagai hab aeroangkasa antarabangsa sepertimana yang diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac 2005,” jelasnya di Dewan Rakyat.

Ka Siong menyentuh isu itu selepas perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) dan juga Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh (PH) sebelum ini di Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya