Tiada kes kolera di Perak - Utusan Malaysia

Tiada kes kolera di Perak

MOHD. Akmal Kamarudin pada Simposium Kuari dan Kilang Kelapa Sawit Lestari sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negeri Perak 2021 di Ipoh, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada kes kolera atau taun dikesan di negeri ini setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, semua pihak bagaimanapun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan diri dan pemakanan yang betul bagi memastikan tidak berlaku jangkitan wabak tersebut.

“Setakat ini tiada laporan kes kolera di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil maklum bahawa kes ini sudah ada di Selangor. 

“Rakyat perlu memberi kerjasama, jagalah kebersihan diri dan pemakanan, amalkan minum air yang telah dirawat atau didihkan dan elakkan makan makanan mentah,” katanya selepas merasmikan Simposium Kuari dan Kilang Kelapa Sawit Lestari sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negeri Perak 2021 di sini hari ini.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN