Tanah runtuh, tiang elektrik tumbang di Jalan Tapah-Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Tanah runtuh, tiang elektrik tumbang di Jalan Tapah-Cameron Highlands

KEJADIAN tanah runtuh di Batu 25 dan Batu 26, Jalan Tapah-Cameron Highlands hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Hujan lebat berterusan mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Batu 25 dan Batu 26, Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu menyebabkan laluan kedua-dua hala terpaksa ditutup kepada kenderaan.

“Maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 4.25 petang di mana berlaku kejadian tanah runtuh dan tiang elektrik tumbang yang menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang.

“Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, Unit Kereta Peronda (MPV) telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan namun sehingga kini maklumat lanjut belum diperolehi ekoran kesukaran alat perhubungan.

Katanya, maklumat kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk tindakan lanjut.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Belati Wangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya