Sulaiman seru rakyat Melaka turun mengundi - Utusan Malaysia

Sulaiman seru rakyat Melaka turun mengundi

Sulaiman Md Ali dan isteri selesai mengundi di SK Durian Daun Lendu Melaka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENDU: Datuk Seri Sulaiman Md. Ali menyeru rakyat negeri ini agar menunaikan tanggungjawab turun mengundi hari ini.

Beliau berkata, peluang itu perlu dilaksanakan bagi menentukan kerajaan yang akan mentadbir negeri ini.

Beliau sebelum itu selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun di sini kira-kira pukul 8.58 pagi ini.

Turut bersama ialah isteri beliau, Datin Seri Munira M Yusop.

Sulaiman yang juga calon Ketua Menteri Melaka dari Barisan Nasional (BN) berkata, SK Durian Daun dan penduduk sekitarnya tidak asing baginya kerana pernah bersekolah di situ.

Pada PRN ini Sulaiman akan dicabar calon Perikatan Nasional (PN) Mejar (B) Abdullah Mahadi dan dari Pakatan Harapan (PH) Asri Ibrahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya