Sulaiman mengundi di SK Durian Daun - Utusan Malaysia

Sulaiman mengundi di SK Durian Daun

SULAIMAN Md Ali tiba di pusat pembuangan undi Di SK Durian Daun Lendu Melaka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID TANAH: Calon Ketua Menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, Lendu di sini bagi mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau yang tiba pukul 8.47 pagi ditemani isteri, Datin Datin Munira M Yusop.

Sulaiman bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Beliau ditentang calon PN, Abdullah Mahadi dan calon PH, Mohamad Asri Ibrahim.

Pada Pilihan Raya Ke-14, Sulaiman memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 627 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya