Sulaiman calon tunggal KM dari BN -Najib - Utusan Malaysia

Sulaiman calon tunggal KM dari BN -Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Datuk Seri Sulaiman Md. Ali merupakan calon tunggal Ketua Menteri jika Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, justeru tidak timbul isu sama ada Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara kononnya akan diangkat menjadi calon Ketua Menteri.

“Tak, tak, tak. Kita (BN) tentukan Sulaiman saja (sebagai ketua menteri),” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Ab. Rauf ke pusat penamaan calon (PPC).

Sementara itu, Ab Rauf pula menegaskan, penyertaannya dalam PRN Melaka hanya membawa mesej perjuangan parti, bukan untuk menentang mana-mana individu.

“Saya bukan melawan (Datuk) Mas Ermieyati (Samsuddin). 

“Saya membawa sebuah perjuangan dan menebus maruah orang UMNO di Tanjung Bidara,” katanya.

Saingan tiga penjuru bakal disaksikan bagi kerusi DUN Tanjung Bidara antara Ab Rauf; calon Perikatan Nasional (PN), Mas Ermieyati serta calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan. -UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN