SKMM ingatkan pengguna beralih kepada rangkaian 4G - Utusan Malaysia

SKMM ingatkan pengguna beralih kepada rangkaian 4G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan pengguna telefon bimbit atau peranti 3G supaya segera beralih ke rangkaian 4G sebelum rangkaian 3G di Malaysia ditamatkan sepenuhnya 31 Disember ini.

SKMM menerusi kenyataan memaklumkan, peringatan itu bagi memastikan perkhidmatan telekomunikasi pengguna tidak terkesan yang kemudian menyebabkan mereka ketinggalan dalam gelombang pendigitalan. 

Menurutnya, pengguna  memiliki kad SIM yang hanya menyokong rangkaian 3G disaran segera menghubungi penyedia perkhidmatan terdekat untuk menaik taraf ke 4G, bagi mengelakkan sebarang kesulitan. 

“Penyelesaian penamatan rangkaian 3G ini seiring dengan usaha kerajaan meningkatkan liputan jalur lebar yang lebih menyeluruh dan berkualiti tinggi di bawah inisiatif Infrastruktur Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Ini bertujuan mengguna semula spektrum yang sedia ada bagi mengukuhkan rangkaian 4G dan memberikan pengalaman 4G yang lebih baik serta menarik kepada pelanggan dan isi rumah. Peningkatan kualiti dapat dilihat merangkumi kelajuan data yang lebih tinggi, latensi rendah dan kestabilan rangkaian,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya