SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan kos berjumlah hampir RM40 juta bagi melaksanakan projek pembaikan di 50 kawasan utama banjir di negeri ini.
Lokasi itu antaranya melibatkan Seksyen 13 di sini, Taman Meru Daya (Klang); Kampung Salak Tinggi (Sepang) dan Selayang Baru (Gombak).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, tindakan segera itu antaranya meliputi RM25.7 juta bagi kerja mengorek dan mendalamkan sungai serta kolam.
“Selain itu, ia melibatkan pembinaan dan menaik taraf ban selain memasang pam baharu serta merobohkan struktur haram dalam rizab sungai.
“Sejumlah RM4 juta pula diperuntukkan bagi membina kolam takungan Bluewater, Seri Kembangan dan RM10 juta untuk kolam takungan banjir di Lebuhraya Grand Shapadu berdekatan Taman Mutiara Bukit Raja,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE