Lelaki maut dipercayai ditikam rakan serumah

Lelaki maut dipercayai ditikam rakan serumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam rakan serumahnya dalam kejadian di Pangsapuri Damai Ria, Mantin, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.08 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa berusia 30-an itu mengalami empat tikaman di bahagian belakang kepala, tiga tikaman di bahagian dada, satu tikaman di bahagian leher selain dua tikaman di bahagian siku dan belikat.

“Susulan itu, dua lelaki berusia 30-an yang juga merupakan rakan serumah mangsa ditahan di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.17 petang pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, kedua-dua suspek berkenaan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 6 Januari depan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN