Tempoh menunggu lama: Jadual perjalanan bot laju perlu disemak semula - Utusan Malaysia

Tempoh menunggu lama: Jadual perjalanan bot laju perlu disemak semula

MOHIDEEN ABDUL KADER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) digesa menyemak semula jadual perkhidmatan bot laju kerana terdapat selang masa menunggu sehingga dua jam melibatkan beberapa perjalanan yang dikhuatiri menyebabkan kesulitan khususnya kepada penumpang pejalan kaki. 

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pejalan kaki amat bergantung kepada perkhidmatan feri bot laju kerana mungkin tidak mempunyai kenderaan sendiri dan tidak mampu menggunakan teksi kerana tambang yang agak mahal. 

“Pejalan kaki tiada pilihan dan hanya bergantung kepada perkhidmatan feri bot laju walaupun terpaksa menunggu dalam jangka masa agak lama. 

“Selang dua puluh minit hingga setengah jam adalah lebih munasabah bagi satu perjalanan, jika pengguna terpaksa menunggu hingga ke dua jam untuk satu perjalanan ia adalah tidak munasabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN