Sektor pembinaan Selangor dibenar operasi Isnin hingga Sabtu - Utusan Malaysia

Sektor pembinaan Selangor dibenar operasi Isnin hingga Sabtu

NG SZE HAN NG SZE HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sektor pembinaan di Selangor dibenarkan beroperasi sepenuhnya pada Isnin hingga Sabtu berkuat kuasa awal bulan ini selepas diselaraskan bermula antara pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, ketetapan itu memudahkan proses kerja pembinaan selaras pembukaan pelbagai sektor ekonomi di Selangor yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

“Kita memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa sejak tahun lalu memberi kesan kepada pengoperasian sektor pembinaan sehingga menyebabkan kerja lewat siap.

 “Justeru, kerajaan negeri bersetuju untuk menyelaraskan waktu operasi sektor pembinaan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya